Model pemantapan kebolehgajian graduan teknologi maklumat: kajian kes di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dian Indrayani Jambari, and Umi Asma’ Mokhtar, and Hana Yasmein Ishak, and Mohd Ridzwan Yaakub, (2015) Model pemantapan kebolehgajian graduan teknologi maklumat: kajian kes di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 4 (2). pp. 57-68. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
400kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631

Abstract

Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merangka strategi yang berterusan bagi memasti kebolehgajian graduan lepasan universiti tempatan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (TM). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, mengambil inisiatif meningkat kebolehgajian dan kualiti graduan dengan menubuh Unit Pembangunan Industri dan Profesional (UPIP) di bawah Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Bagi merealisasi strategi tersebut, satu kajian mengguna pendekatan Kajian Tindakan dilaksana bagi membangun Model Pemantapan Kebolehgajian Graduan. (Graduate Employability enhanceMent (GEM)). Model tersebut membentuk pelan bagi menghasil graduan yang berpengetahuan luas, kompeten dan sedia-industri. Model GEM mengandungi trek program yang menambah baik Sistem Pengajian Prasiswazah berlandaskan moto “GEM programme nurtures nations great IT Professionals”. Program GEM menjadi platform penyaluran teknologi dan latihan profesional daripada sektor industri dan perkhidmatan. Model GEM disah melalui pelaksanaan satu program GEM iaitu FTSM Summer School dengan kerjasama International Business Machine (IBM). Analisis program mendapati majoriti peserta berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh dua bulan selepas menjalani program. Program GEM juga didapati menambah nilai dua kursus prasiswazah melalui kandungan modul teknologi terkini sekali gus mengesah model GEM dapat memantap kebolehgajian graduan TM khususnya di FTSM.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehgajian Graduan; Unit Pembangunan Industri dan Profesional; Profesional Teknologi Maklumat; Universiti Kebangsaan Malaysia, Pembangunan Kerjaya; Model Pemantapan Kebolehgajian Graduan.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:9098
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2015 15:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page