Penterjemahan gaya bahasa daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam baris kepala iklan

Haslina Haroon, (2015) Penterjemahan gaya bahasa daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam baris kepala iklan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 1-26. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Baris kepala dalam iklan berfungsi bukan sahaja untuk menyampaikan mesej tertentu tetapi juga untuk menarik perhatian pembaca. Oleh itu, baris kepala mestilah ditulis dengan cara yang dapat memenuhi kedua-dua fungsi ini. Dalam konteks negara berbilang bahasa seperti Malaysia, dapat dikatakan bahawa baris kepala yang diterjemahkan mesti berfungsi sama seperti baris kepala dalam teks asal dan seterusnya dapat menarik perhatian pembaca sasarannya. Dengan mengambil kira perkara ini, makalah ini bertujuan untuk menganalisis fungsi baris kepala dalam iklan bahasa Inggeris, menentukan unsur gaya bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut, meneliti cara baris kepala tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya mengenal pasti kesan penggunaan prosedur terjemahan tersebut terhadap fungsi baris kepala dalam iklan. Analisis ini yang melibatkan enam set teks iklan bahasa Inggeris-bahasa Melayu mendapati bahawa baris kepala dalam iklan bahasa Inggeris mempunyai pelbagai fungsi dan menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa. Analisis ini juga menunjukkan bahawa sesetengah baris kepala yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidak menggunakan sebarang unsur gaya bahasa. Walau bagaimanapun, fungsi iklan tersebut masih dapat dikekalkan dalam terjemahan bahasa Melayu. Walaupun pengekalan fungsi ini merupakan satu aspek positif dalam proses pemindahan ke dalam satu bahasa yang lain, iklan dalam bahasa Melayu dirasakan akan menjadi lebih menarik jika ia turut menggunakan unsur gaya bahasa atau unsur retorik yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Periklanan, gaya bahasa, baris kepala, fungsi, prosedur terjemahan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9099
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 13:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page