Pembingkaian berita krisis selatan Thailand dalam akhbar aliran perdana di Malaysia

Azahar Kasim, and Mohd Azizuddin Mohd Sani, and Awan Ismail, and Az Zamakhsyari Masri, (2015) Pembingkaian berita krisis selatan Thailand dalam akhbar aliran perdana di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 27-40. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Krisis Selatan Thailand membabitkan masalah keamanan, keganasan dan ketidaktentuan hala tuju di tiga wilayah berlaku sejak 1960. Malah, masalah itu semakin kemuncak pada tahun 2004 apabila pertempuran berlaku di antara penduduk dan pasukan tentera yang menyebabkan beribu-ribu rakyat Thailand terkorban. Sehingga kini, lebih 5,700 yang terkorban dan lebih 7,500 cedera. Pemimpin dan penduduk Selatan Thailand yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam dilaporkan masih gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka dengan kerajaan Thailand berpusat di Bangkok. Keadaan itu menyebabkan media Malaysia terpanggil untuk membuat liputan berita mengenai krisis Selatan Thailand berdasarkan kedekatan dan faktor geografi Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekerapan penyiaran berita dan mengenalpasti pembinaan pembingkaian berita mengenai krisis di Selatan Thailand dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia. Kajian dilakukan terhadap tiga akhbar iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Sebanyak 74 berita mengenai krisis di Selatan Thailand disiarkan oleh ketiga-tiga akhbar sepanjang tahun 2013. Daripada jumlah itu, 139 isu daripada 10 isu yang diklasfikasikan dalam kajian ini dipaparkan. Hasil kajian mendapati berita krisis seperti isu Serangan didominasikan oleh Harian Metro dan Berita Harian dengan isu Krisis Keganasan selain isu Rundingan Damai didominasikan oleh New Straits Times.

Item Type:Article
Keywords:Krisis Selatan Thailand, akhbar, berita, isu, akhbar aliran perdana
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9100
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 13:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page