"Jadi Melayu": televisyen dan pembentukan identiti wanita keturunan Jawa di Malaysia

Lily El Ferawati Rofil, and Md Azalanshah Md Syed, and Azizah Hamzah, (2015) "Jadi Melayu": televisyen dan pembentukan identiti wanita keturunan Jawa di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 41-58. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Artikel ini membincangkan penontonan televisyen dalam kalangan wanita keturunan Jawa di Sabak Bernam dan hubungannya dengan pembentukan identiti seharian. Masyarakat keturunan Jawa di Malaysia diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan terdedah dengan budaya arus perdana negara ini melalui pelbagai saluran seperti televisyen. Pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan identiti dan budaya Jawa mereka. Dengan perkataan lain, pembentukan identiti budaya mereka dipengaruhi oleh “agensi manusia dan struktur sosial.” Bagaimanapun, artikel ini berhujah bahawa pembentukan identiti dan imej kendiri masyarakat keturunan Jawa di Malaysia perlu difahami dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira peranan kandungan televisyen yang turut mempengaruhi proses tersebut. Berdasarkan dapatan awal kajian etnografi di Sabak Bernam, artikel ini mendapati bahawa wanita keturunan Jawa di Malaysia mengamalkan penontonan keagamaan dan demokratik untuk mengukuhkan identiti budaya dan politik mereka dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Televisyen, identiti, Melayu, Jawa, Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9101
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 14:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page