Partisipasi politik belia secara ‘online’ melalui ruang demokrasi maklumat media baru

Fatimah Akmal, and Ali Salman, (2015) Partisipasi politik belia secara ‘online’ melalui ruang demokrasi maklumat media baru. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 81-100. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
445kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Demokrasi menerusi internet membuka satu dimensi baru dalam proses komunikasi dan penyebaran maklumat. Kajian ini fokus kepada penggunaan media baru sebagai medium yang memudahkan sebaran maklumat, dimana informasi boleh diakses tanpa sekatan. Malah pengguna bebas berkongsi, suarakan pendapat dan juga mampu meningkatkan partisipasi politik mereka. Tujuan kajian untuk melihat hubungan demokrasi maklumat menerusi ruang media baru dengan partisipasi politik secara online dan offline dalam kalangan belia bandar. Kaedah persampelan rawak bertujuan melibatkan 250 responden di Kajang dan Bangi. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 22). Disamping itu, korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa dapatan hasil kajian telah mencapai matlamat objektif kajian. Pemboleh ubah seperti penggunaan media baru dengan partisipasi politik media baru secara online dan juga partisipasi politik offline saling memiliki hubungan. Hasil kajian menunjukkan media baru disokong sebagai ruang demokrasi maklumat dan belia aktif dalam partisipasi politik secara online dan juga offline. Kajian pada hadapan boleh dijalankan dengan menganalisis menggunakan kaedah berbeza dan membuat perbandingan bentuk partisipasi politik belia bandar dan luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Media baru, partisipasi politik dalam talian,demokrasi maklumat dalam talian, belia, penyertaan luar talian
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9103
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 14:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page