Strategi komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik

Zulkifley Hamid, and Naidatul Zamrizam Abu, and Asyraf Zulkifley, (2015) Strategi komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 171-186. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis strategi semasa berkomunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Temu bual dan soal selidik berbentuk Tugas Penyempurnaan Wacana merupakan kaedah yang telah dipilih untuk mengumpul data. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru. 72 orang murid pelbagai etnik telah dipilih secara rawak sebagai pemaklum kajian. Skala Kesantunan Leech dipilih sebagai kerangka teori bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Melayu menggunakan pelbagai kata ganti nama diri semasa berkomunikasi. Kata ganti nama ‘aku – kau’ dan ‘saya – awak’ paling kerap diguna oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu semasa berkomunikasi. Murid bukan Melayu pula lebih selesa menggunakan ‘saya – kamu’ dalam proses komunikasi. Masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu, tetapi dalam situasi komunikasi yang berbeza-beza. Implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat semasa berkomunikasi boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik. Pembelajaran kata ganti nama diri tidak seharusnya dilihat sebagai penguasaan dalam aspek bahasa sahaja, tetapi penegasan perlu diberikan dalam fungsi kata ganti nama diri sebagai satu strategi kesantunan semasa berkomunikasi.

Item Type:Article
Keywords:Strategi komunikasi, komunikasi santun, tugas penyempurnaan wacana, kata ganti nama diri, kepelbagaian etnik.
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9107
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 14:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page