Rahim Aman, and Norfazila Ab. Hamid, (2015) Strategi wacana komunikasi teks Tengku Razaleigh Hamzah: satu analisis kebahasaan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 205-220. ISSN 0128-1496
|
PDF
349kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...
Abstract
Artikel ini membincangkan strategi wacana komunikasi teks ucapan Tengku Razaleigh Hamzah. Teks ucapan ini mengandungi 34 perenggan dan 101 ayat yang tentunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kerangka teori yang mendasari kajian ini ialah analisis wacana kritis. Sehubungan itu, penulis turut menjelaskan satu proses kepimpinan yang tumpat di dalamnya iaitu praktis kepimpinan. Selain itu, aspek khusus yang dibincangkan ialah bagaimana pemimpin ini menggembeleng wacananya demi menarik perhatian daripada masyarakat terutama ahli parti yang terbabit. Pemantapan dalam berhujah akan dapat meyakinkan rakyat atau ahli yang dipimpin tentang kecekapan beliau dalam memimpin parti. Walaupun secara jelas ucapan ini diujarkan dalam satu majlis khusus, namun penulis beranggapan bahawa lebih wajar wacana ini dilabelkan sebagai wacana kepimpinan kerana ucapan yang dikumandangkan oleh pewacana lebih menjurus kepada wacana kepimpinan terutamanya bagi memantapkan kedudukan pewacana sebagi pemimpin parti. Kepimpinan dan bahasa adalah diibaratkan sebagai isi dan kuku dan tidak boleh dipisahkan. Ini disebabkan, jika sesorang pemimpin tidak tahu berbahasa, kemungkinan besar pucuk pimpinannya akan menjadi lemah. Hasil kajian telah membuktikan bahawa walaupun jelas ucapan yang dikumandangkan dalam majlis yang boleh dianggap majlis pengikat tali silaturrahim, tetapi isi ucapan teks tersebut lebih menekankan dan menonjolkan ucapan tentang keperibadian pewacana sebagai seorang pemimpin. Sehubungan itu, penulisan ini turut memberikan manfaatkan bagi memahami proses sosial yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, berlandaskan teori analisis kritis ini dengan jelas membuktikan bahawa wacana pengucapan Tengku Razaleigh Hamzah mengandungi praktis kepimpinannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Wacana; teori analisis kritis; wacana kepimpinan; Tengku Razaleigh Hamzah; UMNO |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 9109 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Oct 2015 14:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page