Penyertaan digital dan ciri keusahawanan dalam pemerkasaan usahawan wanita di Malaysia

Faradillah Iqmar Omar, and Samsudin A. Rahim, (2015) Penyertaan digital dan ciri keusahawanan dalam pemerkasaan usahawan wanita di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (1). pp. 241-256. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan usahawan wanita khususnya. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi atas talian mempengaruhi pemerkasaan usahawan wanita. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan faktor penyertaan digital dan ciri-ciri keusahawanan atas talian yang berperanan memperkasakan usahawan wanita. Soal selidik telah diedarkan melalui dua kaedah iaitu secara bersemuka dan secara atas talian (online survey) kepada seramai 402 responden wanita yang berumur 18 hingga 50 tahun. Responden wanita yang ditemu bual dan mengisi soal selidik secara atas talian adalah mereka yang menjalankan perniagaan atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi internet. Hasil kajian mendapati 74% responden telah menjadikan internet sebagai sumber mencari maklumat berkenaan keusahawanan dan 86% responden secara aktif berhubung dengan pelanggan melalui internet. Dengan menggunakan analisis ujian regresi pelbagai, hasil kajian juga mendapati pemerkasaan usahawan wanita banyak dipengaruhi oleh risiko perniagaan dan inovasi produk sebagai penyumbang utama. Walau bagaimanapun, penyertaan digital juga memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pemerkasaan usahawan wanita melalui aktiviti komunikasi perniagaan dan pencarian sumber maklumat melalui internet. Kajian ini juga mendapati bahawa usahawan wanita yang berani berhadapan dengan risiko, berinovasi serta kerap berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan di atas talian, secara signifikan akan dapat memperkasakan diri mereka sebagai usahawan.

Item Type:Article
Keywords:Penyertaan digital, internet, keusahawanan, pemerkasaan wanita, penyertaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:9111
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 14:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page