Peranan kesejahteraan keluarga dan daya tahan dalam pengukuhan keluarga sandwich

Khadijah Alavi, and Nasrudin Subhi, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Fauziah Ibrahim, and Norulhuda Sarnon, and Salina Nen, (2015) Peranan kesejahteraan keluarga dan daya tahan dalam pengukuhan keluarga sandwich. AKADEMIKA, 85 (1). pp. 25-32. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
806kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika

Abstract

Cabaran yang dihadapi oleh anak dewasa abad ke 21 yang berhadapan dengan generasi sandwich (iaitu kerjaya, menjaga keluarga nuklear dan ibu bapa tua mereka) kurang dianalisis atau dibincangkan secara meluas. Kesejahteraan, kebahagiaan dan daya tahan keluarga memainkan peranan utama dalam pengukuhan keluarga sandwich. Tujuan utama kajian ini ialah untuk memahami pengalaman peranan kesejahteraan keluarga dan daya tahan dalam kalangan generasi sandwich di Malaysia. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam ke atas 30 orang responden berumur 33-55 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tema utama komponen kesejahteraan generasi sandwich seperti penerimaan tanggungjawab, kebahagiaan, sokongan sosial dan daya tahan. Hampir semua penjaga dalam kalangan keluarga sandwich mengalami pengalaman positif dalam penjagaan warga tua. Penjaga generasi sandwich yang tinggal bersama ibu bapa tua mereka mempunyai hubungan timbal balik dan saling menyokong aktiviti penjagaan informal dalam keluarga dan komuniti. Penekanan nilai kekeluargaan yang utuh dijalinkan secara harmoni sebagai pemangkin dalam konteks penjagaan informal dalam kalangan keluarga sandwich bagi mencapai kesejahteraan keluarga. Generasi sandwich juga menampilkan kebahagiaan dan daya tahan yang tinggi dalam hubungan intergenerasi. Kajian ini juga mencadangkan bahawa kerajaan dan NGO perlu mengambil kira penyampaian perkhidmatan melalui latihan kemahiran penjagaan kepada penjaga dewasa dan memahami kemampuan keluarga untuk bertahan bagi menjamin kelestarian generasi sandwich di masa depan.

Item Type:Article
Keywords:Generasi sandwich; kesejahteraan; daya tahan; penjaga; warga tua
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9116
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2015 15:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page