Pengalaman keluarga menjaga pesakit mental: satu kajian perbandingan komuniti bandar dan luar bandar di Perak dan Kedah

Mohd Suhaimi Mohamad, and Nasrudin Subhi, and Fauziah Ibrahim, and Khadijah Alavi, (2015) Pengalaman keluarga menjaga pesakit mental: satu kajian perbandingan komuniti bandar dan luar bandar di Perak dan Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9). pp. 23-31. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Penjagaan pesakit mental dalam komuniti bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan sokongan keluarga bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan di rumah. Kajian ini membanding pengalaman penjaga keluarga menjaga pesakit mental dalam komuniti bandar dan komuniti luar bandar. Penjaga keluarga adalah terdiri daripada ibu bapa, adik beradik, pasangan suami atau isteri kepada pesakit mental yang sedang menerima perkhidmatan kesihatan mental di klinik kesihatan komuniti. Seramai 154 orang penjaga keluarga telah direkrut dalam kajian ini dengan diberikan borang kaji selidik mengenai Inventori Pengalaman Penjagaan (ECI). Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti penjaga dalam keluarga tidak kira sama ada di bandar mahu pun luar bandar adalah wanita Melayu yang sudah berkahwin dan majoriti berpendidikan sekolah rendah serta tidak bekerja. Berdasarkan skor ECI menunjukkan bahawa penjaga di bandar lebih mempunyai pengalaman positif dalam menjaga pesakit mental di rumah. Manakala penjaga di luar bandar dilihat mempunyai pengalaman yang lebih negatif dalam peranan penjagaannya kerana stigma sosial, simptom-simptom negatif yang ditunjukkan oleh pesakit dan memikirkan kesan penjagaan ke atas ahli keluarga lain. Hasil kajian memberikan implikasi bahawa pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu meningkatkan perkhidmatan kesihatan mental di kawasan luar bandar supaya semua penjaga mempunyai akses dan sokongan sosial dalam menjaga pesakit mental di rumah.

Item Type:Article
Keywords:bandar, keluarga, luar bandar, penjaga, penjagaan, pesakit mental
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9141
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 10:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page