Rekabentuk bagi keselamatan bandar di Kuala Lumpur: satu ulasan kritis

Faizah Md Latif, and Nikmatul Adha Nordin, and Cheong, Peng Au-Yong (2015) Rekabentuk bagi keselamatan bandar di Kuala Lumpur: satu ulasan kritis. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9). pp. 40-53. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
614kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelbagai pendekatan telah digunakan bagi menangani jenayah jalanan di Malaysia, namun masih kurang berkesan. Program Bandar Selamat yang diketengahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia [JPBD] pada 2004 menggalurkan 15 langkah mewujudkan bandar selamat. Salah satu daripada langkah tersebut ialah mereka bentuk persekitaran fizikal yang dapat mencegah jenayah. Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen reka bentuk bandar yang dapat mengurangkan kadar jenayah jalanan, dengan rujukan khusus jenayah jalanan yang berlaku di Kuala Lumpur. Menggunakan maklumat dan rekod yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, artikel ini mengenal pasti beberapa elemen reka bentuk bandar yang mewujudkan faktor jenayah jalanan. Beberapa langkah dicadangkan untuk memperbaiki reka bentuk persekitaran bandar bagi mengurangkan kejadian jenayah jalanan, iaitu susun atur ruang bandar , laluan dan kemudahsampaian, pencahayaan, peralatan keselamatan (seperti CCTV, butang kecemasan (panic button), cermin keselamatan dan papan tanda peringatan), pengawasan, dan penyelenggaraan

Item Type:Article
Keywords:bandar selamat, faktor jenayah jalanan, pencegahan jenayah bandar, pengawasan bandar, susun atur ruang, reka bentuk persekitaran bagi pencegahan jenayah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9143
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 10:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page