Andi Nurfitri, and Suhana Saad, and Azmi Aziz, (2015) Membangun kepimpinan organisasi berasaskan budaya lokal: suatu analisis perbandingan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9). pp. 54-66. ISSN 2180-2491
|
PDF
295kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pencapaian kepimpinannya. Kepimpinan pula sangat dipengaruhi oleh kuasa budaya di negara atau kawasan di mana pemimpin tersebut menjalankan fungsinya sebagaimana yang berlaku di Jepun, Korea Selatan, Indonesia, dan sub-Sahara Afrika. Artikel ini bertujuan mengenal pasti ciri nilai budaya lokal dan peranannya dalam kepimpinan serta mengemukakan sebuah model kepimpinan dengan mengambil kira peranan budaya lokal dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Kaedah kualitatif digunakan dengan meneliti kandungan literatur mengenai budaya bushido di Jepun, hahn di Korea Selatan, siri’ di Indonesia dan ubuntu di sub-Sahara Afrika. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan nilai antara satu budaya dengan satu budaya yang lain dalam setiap daripada keempat-empat budaya tempatan tersebut. Berdasarkan senarai persamaan nilai budaya tersebut, maka pendekatan model kepimpinan berlandaskan nilai-nilai budaya lokal telah dihasilkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | budaya tempatan, bushido Jepun, hahn Korea Selatan, kepimpinan, siri’ Indonesia, ubuntu sub-Sahara Afrika |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9144 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2015 10:33 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page