Penentuan tahap pencemaran udara di Malaysia menggunakan pendekatan penunjuk bio (Liken): kajian kes Bandar Baru Bangi

Azlan Abas, and Azahan Awang, (2015) Penentuan tahap pencemaran udara di Malaysia menggunakan pendekatan penunjuk bio (Liken): kajian kes Bandar Baru Bangi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9). pp. 67-74. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Beberapa kaedah telah diwujudkan untuk menyukat pencemaran udara. Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap pencemaran udara di Bandar Baru Bangi menggunakan pendekatan penunjuk bio (liken). Sebanyak 14 stesen di Bandar Baru Bangi telah dipilih sebagai stesen persampelan dengan setiap satu stesen terdiri daripada tiga batang pokok. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan kuadrat pada di mana diversiti liken yang hidup di satu-satu kawasan pada batang pokok diberikan skor mengikut piawai skor indeks liken. Skor yang telah diperolehi akan dikira dan dinilai, purata skor akan menunjukkan kualiti udara di stesen tersebut. Nilai lebih dari 10 menunjukkan kualiti udara yang sangat bersih, nilai antara 0-9 menunjukkan kualiti udara bersih dan nilai skor -1 ke bawah adalah kualiti udara yang kotor. Daripada eksperimen yang telah dijalankan didapati bahawa nilai skor minimum bagi stesen-stesen di kawasan Bandar Baru Bangi adalah Balai Polis Bangi dengan skor -1.58 dan nilai skor maksimum adalah kawasan Puncak Bangi dengan nilai 17. Nilai skor purata bagi kawasan Bandar Baru Bangi adalah 3.95. Ini menunjukkan bahawa kualiti udara di bandar tersebut adalah baik. Udara yang agak tercemar hanya ditemui di kawasan tertentu di Bandar Baru Bangi seperti di sekitar seperti Balai Polis Bangi, Kompleks Bangi Utama, Seksyen 12, di sekitar Kilang Hitachi dan stesen Komuter UKM sahaja. Pencemaran udara di kawasan tersebut yang berpunca daripada debu dan asap kenderaan bermotor, boleh dianggap tidak berbahaya.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Baru Bangi, biodiversiti, liken, pembebasan gas, pencemaran udara, penunjuk bio
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9145
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 10:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page