Perkembangan dan cabaran sektor perniagaan sebagai pemangkin pembangunan bandar kecil: kajian empirikal di Daerah Besut, Terengganu

Rosniza Aznie Che Rose, and Nurul Fatihah Jusoh, and Rosmiza, MZ and Lyndon, N. and Mokhtar, J. (2015) Perkembangan dan cabaran sektor perniagaan sebagai pemangkin pembangunan bandar kecil: kajian empirikal di Daerah Besut, Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 1-12. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
80kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Bandar kecil berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan. Pertumbuhan sektor perniagaan yang semakin berkembang menyebabkan terjadinya perubahan pada rupa fizikal‚ struktur bandar dan cabaran kepada peniaga kecil. Kajian ini menganalisis trend perkembangan sektor perniagaan di tiga bandar kecil daerah Besut, iaitu Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut. Sumber data primer adalah hasil soalselidik 200 orang peniaga berlesen. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga bandar kecil ini berupaya mengagihkan barangan dan kemudahan perkhidmatan sosial asas kepada penduduk. Namun demikian, didapati pusat perniagaan utama kurang seimbang dari segi pembangunannya. Bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku di Kampung Raja dan beberapa kawasan lain yang terpencil. Oleh yang demikian, penstrukturan dan perancangan semula bandar kecil perlu dilakukan untuk membentuk sebuah bandar kecil yang aktif berfungsi dan mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada kawasan tadahan di sekitarnya dengan memperkasakan lagi perancangan perniagaan.

Item Type:Article
Keywords:bandar kecil, luar bandar, penduduk, perniagaan, pertumbuhan ekonomi, struktur bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9147
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page