Er, Ah Choy and Nur Azlin Mohamad Awal, and Mohd Fakhrulrazi Shamsudin, (2015) Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi: kes Taman Wetland, Putrajaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 13-26. ISSN 2180-2491
|
PDF
598kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Ekoran dari kesedaran tentang impak positif kepada kualiti hidup manusia daripada pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi, beberapa kawasan telah dibangunkan sebagai tapak pemeliharaan dan pemuliharaan bagi meningkatkan biodiversiti dan integriti ekosistem flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan lazimnya kurang mendapat perhatian, kerjasama dan komitmen awam dan swasta kerana ianya tidak memberikan imbuhan dan keuntungan material secara langsung dan berlipat ganda. Kajian ini mentaksir kesedaran awam terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi Taman Wetland Putrajaya, sebuah tasik buatan manusia pertama dan terbesar di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melalui 30 borang soal selidik dan dua temubual mendalam informan utama. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa masih ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar Taman Wetland kepada pembangunan Putrajaya. Justeru, terdapat beberapa advokasi penambahbaikan infrastruktur, pengurusan dan penglibatan komuniti setempat supaya tanggungjawab ini tidak terserah selamanya kepada institusi kerajaan semata-mata.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | advokasi alam sekitar, alam semulajadi, kesedaran alam sekitar, pemeliharaan alam semulajadi, pemuliharaan alam semulajadi, pengurusan alam sekitar |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9148 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2015 11:05 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page