Potensi Kuala Sanglang, Perlis sebagai destinasi agro pelancongan: satu kajian tanggapan pelancong

Rosniza Aznie Che Rose, and Norazimah Terbizi, and Rosmiza, MZ and Lyndon, N and Mokhtar, J (2015) Potensi Kuala Sanglang, Perlis sebagai destinasi agro pelancongan: satu kajian tanggapan pelancong. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 27-37. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Agropelancongan adalah cabang sektor pelancongan di mana aktiviti pelancongan adalah berteraskan pertanian, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Kajian ini menilai potensi Ladang Nipah Kipli Kipli sebagai destinasi agropelancongan di Kuala Sanglang, Perlis berdasarkan persepsi pelancong, faktor penolakan dan faktor penarikan, dan mencadangkan langkah yang sesuai bagi memajukan seterusnya Ladang Nipah Kipli. Data primer diperolehi dari hasil soalselidik 80 orang pelancong yang disampel secara rawak mudah dan dianalisis dengan program SPSS versi 2.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa Ladang Nipah Kipli ditanggapi oleh 95 peratus responden sebagai amat berpotensi untuk dijadikan destinasi agropelancongan. Kebanyakan pelancong berkunjung ke Ladang Nipah Kipli untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil menikmati minuman nira nipah segar yang dijual di dalam Ladang Nipah Kipli. Namun, masih terdapat masalah dari segi kekurangan kemudahan infrastruktur, tempat letak kereta yang kecil dan kekurangan tandas.Walau bagaimanapun, pelancong masih lagi ingin berkunjung ke Ladang Nipah Kipli memandangkan kawasan ini menarik dan berpotensi maju sebagai destinasi agropelancongan.

Item Type:Article
Keywords:agropelancongan, alam semulajadi, infrastruktruktur, ladang nipah, pelancong, persepsi pelancong
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9149
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page