Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat: kajian kes di Malaysia

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, (2015) Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat: kajian kes di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 38-51. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
382kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan-untung. Ciri utama yang membentuk konsep dan ciri keusahawanan seperti inovatif, proaktif, dan pengambilan risiko diperhitungkan mampu menyumbang kepada pencapaian aspirasi sosial dan bukanuntung. Justeru keusahawanan sosial merupakan aplikasi prinsip keusahawanan konvensional yang bertujuan mencapai objektif sosial. Makalah ini telah ditulis dengan tujuan untuk memberi huraian mengenai keusahawanan sosial seperti yang wujud dan sedia diamalkan dalam beberapa konteks di Malaysia berdasarkan tipologi aktiviti keusahawanan sosial. Terdapat empat (4) petak atau kuandran yang dihasilkan daripada dua (2) dimensi, iaitu misi organisasi dan impak. Kuadran satu (1) dan kuadran (4) merujuk kepada aplikasi yang menepati keusahawanan sosial, manakala kuadran dua (2) dan tiga (3) cenderung kepada konsep keusahawanan konvensional. Kuadran satu dikenali sebagai perusahaan bertujuan sosial (social purpose venture) manakala kuadran 4 disebut sebagai enterprising non-profits. Maklumat mengenai modus operasi entiti dalam pemerhatian pula diperolehi daripada sumber sekunder iaitu seperti tersiar dalam media. Berdasarkan penelitian ke atas modus operasi dan sifat kuadran terlibat, didapati keusahawanan sosial wujud dalam aplikasi bentuk Kuadran 1 dan 4. Keusahawanan sosial telah menghasilkan output inovatif yang menyokong kepada pencapaian matlamat sosial disasarkan. Di samping itu, kemampuan melaksanakan keusahawanan sosial memerlukan kepada input seperti usahawan filantrofis, kemahiran praktikal, kaedah penggembelingan sumber kewangan, jaringan sosial dan kekuatan mengorganisasi.

Item Type:Article
Keywords:filantrofis, inovasi, keusahawanan, keusahawanan sosial, matlamat social, transformasi sosial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9150
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page