Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) dan persepsi pengundi terhadap dasar kerajaan: kajian kes Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Novel Lyndon, and Sity Daud, (2015) Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) dan persepsi pengundi terhadap dasar kerajaan: kajian kes Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 78-89. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kempen, isu dan persepsi terhadap dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu penyelidikan perpustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kesemua 16 Daerah Mengundi dalam DUN Kajang. Hasil kajian mendapati jenis kempen, manifesto parti dan calon menjadi medium utama dalam mempengaruhi sokongan responden kepada parti politik dalam PRK DUN Kajang. Keseluruhannya, persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah positif namun pengundi mengharapkan agar isu ekonomi iaitu isu kenaikan harga barangan dan peluang pekerjaan dapat ditangani oleh pihak yang berwajib agar kehidupan mereka lebih baik. PRK DUN Kajang juga memperlihatkan pengekalan ‘status quo’ iaitu kemenangan kepada PKR kerana impak keputusan PRU 2013 masih baru dan terkesan oleh pengundi di DUN Kajang.

Item Type:Article
Keywords:dasar kerajaan, isu ekonomi, kempen pilihanraya, peluang pekerjaan, persepsi pengundi, pilihan raya kecil
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9153
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page