Impak sumber maklumat terhadap sokongan kepada parti politik: kajian empirikal PRU di Malaysia

Junaidi Awang Besar, (2015) Impak sumber maklumat terhadap sokongan kepada parti politik: kajian empirikal PRU di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 90-99. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Akses dan perolehan sumber maklumat melalui pembacaan dan respon terhadap sesuatu maklumat akan mempengaruhi pendirian seseorang pengundi sama ada bersikap menerima atau percaya sepenuhnya ataupun melawan atau menafikan maklumat yang diperoleh tersebut. Kajian ini melihat sejauhmanakah faktur sumber maklumat media cetak dan elektronik media cetak dan elektronik telah memperngaruhi pola pengundian di Malaysia. Berdasarkan soal selidik di kawasan Parlimen Batu Pahat yang melibatkan 300 orang responden, dapatan kajian menunjukkan responden yang merujuk dan membaca media cetak dan elektronik lebih cenderung menyokong BN manakala responden yang mengakses sumber alternatif seperti blog dan media sosial lebih cenderung menyokong parti-parti dalam Pakatan Pembangkang atau Pakatan Rakyat. Hal ini kerana kedua-dua media cetak dan elektronik dikuasai parti pemerintah iaitu BN manakala kebanyakan blog dan media sosial majoritinya dikendalikan oleh blogger atau netizen yang pro-Pakatan Rakyat. Keadaan ini berlarutan sejak PRU 1999 hinggalah PRU 2013. Justeru, media baru atau internet ini telah mengubah landskap pilihanraya negara ini dan mencetuskan pendemokrasian maklumat yang luas dan lebih cepat berbanding media tradisional.

Item Type:Article
Keywords:media alternatif, media tradisional, parti politik, pendemokrasian maklumat, pengundi, pilihan raya umum
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9154
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page