Faktor penghalang pembangunan tanah rizab Melayu

Azima Abdul Manaf, and Novel Lyndon, and Sivapalan Selvadurai, and Mohd Yusof Hussain, and Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, and Suhana Saad, and Mokhtar Jaafar, and Mohd Fuad Mat Jali, (2015) Faktor penghalang pembangunan tanah rizab Melayu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 100-109. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
192kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelbagai faktor boleh berinteraksi dalam menyukarkan pembangunan tanah termasuk tanah rizab. Penggubalan Enakmen Tanah Rizab Melayu (TRM) oleh penjajah Inggeris bertujuan menjaga kepentingan pegangan serta pemilikan tanah orang Melayu. Bagaimanapun, dalam arus perkembangan semasa pembangunan negara, Tanah Rizab Melayu kini berhadapan dengan pelbagai masalah yang menghalangnya untuk dibangunkan. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang melibatkan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber teks sekunder dan dapatan kajian terdahulu. Penekanan diberikan kepada pendekatan institusi ekonomi yang menjadi kerangka teoritikal bagi menjelaskan secara holistik faktor-faktor yang menghalang tanah rizab Melayu dibangunkan. Analisis mendapati terdapat empat faktor yang menghalang pembangunan tanah rizab Melayu: undang-undang pemilikan terhad bagi tanah rizab Melayu, faktor ramai pemilik tanah rizab Melayu, faktor sikap dan kongkongan pemikiran ortodok dan ketidakmampuan pemilik tanah untuk mengusahakannya. Analisis juga mendapati wujudnya lompang interaksi antara ejen yang terlibat dalam pembangunan tanah rizab Melayu.

Item Type:Article
Keywords:dasar tanah penjajah, institusi ekonomi, interaksi sosial, peraturan formal, peraturan informal, tanah rizab Melayu
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9155
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page