Penerimaan kempen pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: satu kajian pendapat awam

Hasfazila Lisa@Andi, and Mohd Helmi Abd. Rahim, and Novel Lyndon, (2015) Penerimaan kempen pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: satu kajian pendapat awam. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 110-123. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kekurangan penderma organ dalam kalangan masyarakat merupakan masalah yang telah membelenggu negara Malaysia sejak sekian lama. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk menangani masalah ini namun ianya masih belum dapat di atasi sepenuhnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap penerimaan kempen derma organ oleh masyarakat Islam di Malaysia. Pendekatan teori sikap dan juga teori pemasaran sosial telah diguna pakai dalam kajian ini. Maklumat daripada tinjauan susastera menegaskan bahawa kajian ke atas sikap, persepsi dan kempen mempunyai impaknya dalam mempengaruhi keputusan seseorang individu dan seterusnya boleh membantu pihak berwajib mengatur strategi untuk meningkatkan lagi kadar pengikrar derma organ. Seramai 200 orang responden telah disoal selidik. Data primer ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati meskipun majoriti responden kurang tertarik dengan kempen derma organ namun mereka masih bersetuju bahawa kempen ini terus dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam. Anehnya, tindakan untuk menjadi pengikrar derma organ adalah kurang dan boleh dikatakan hampir tiada. Dapatan ini mungkin mencerminkan kelemahan konstruk kajian dimana faktor-faktor selain sikap, persepsi dan kesedaran kempen tidak diambil kira. Biarpun begitu hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperkasakan lagi kempen derma organ di kalangan masyarakat Islam di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:derma organ, faktor sikap, kempen kesedaran, masyarakat Islam, penderma organ, tahap penerimaan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9156
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2015 11:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page