Cerita lisan sebagai sumber pelancongan : suatu perbandingan di Malaysia dan Singapura

Mohamad Luthfi Abdul Rahman, (2015) Cerita lisan sebagai sumber pelancongan : suatu perbandingan di Malaysia dan Singapura. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 19-27. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Makalah ini akan membicarakan peranan cerita-cerita lisan dalam industri pelancongan di Malaysia dan Singapura. Cerita lisan sama ada yang berbentuk cerita pendek biasa ataupun yang bersifat legenda sebenarnya mempunyai fungsi besar dalam era kontemporari ini. Jika dahulu ia hanya menjadi sumber hiburan kepada masyarakat desa ataupun sekadar kenangan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku, kini cerita lisan menjadi salah satu tarikan pelancongan. Bertitik tolak daripada pandangan Mohd Khalid Taib (1991) dan Trevor (2009), makalah ini bertujuan untuk kemukakan beberapa cerita lisan yang telah dan pernah digunakan sebagai tarikan pelancongan sama ada di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia ditumpukan di Pulau Langkawi dan juga Gunung Jerai di Kedah. Manakala di Singapura pula difokuskan kepada beberapa pulau yang menjadi lokasi pelancongan. Objektif kedua pula untuk melihat bagaimanakah cerita lisan ini dijadikan sebagai sumber pelancongan seperti dimasukkan ke dalam laman web pelancongan ataupun cerita tersebut ditulis semula di kawasan tertentu dan juga dibina sesuatu monumen untuk memberi gambaran visual terhadap cerita tersebut? Kaedah perbandingan yang digunakan adalah untuk melihat sejauh mana cerita lisan ini digunakan di Malaysia dan Singapura serta bagaimana dapat dimanfaatkan untuk industri pelancongan masing-masing.

Item Type:Article
Keywords:Cerita lisan ; Legenda ; Industri pelancongan ; Malaysia ; Singapura ; Sumber hiburan ; Kaedah perbandingan ; Monumen sejarah
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:9163
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:28 Oct 2015 10:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page