Elemen fizikal dan bukan-fizikal dalam pembentukan identiti komuniti sempadan di Pantai Timur Sabah, Malaysia

Ramli Dollah, and Marsitah Mohd Radzi, and Wan Shawaluddin Wan Hassan, and Amrullah Maraining, (2015) Elemen fizikal dan bukan-fizikal dalam pembentukan identiti komuniti sempadan di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7). pp. 9-20. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
737kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Artikel ini bertitik tolak daripada andaian bahawa kajian sempadan sering melihat unsur-unsur fizikal seperti kawat berduri, menara pemerhati atau tembok yang diwujudkan oleh negara, gunung, sungai, peta, atau pokok bagi membezakan siapa yang berada di dalam dan di luar sempadan. Namun, ketaksuban menggunakan pendekatan fizikal atau material ini kurang berjaya dalam menjelaskan keseluruhan isu yang berkait dengan pembentukan sempadan. Oleh itu, untuk memahami proses pembentukan sempadan secara menyeluruh, terutamanya apabila ia berkait dengan pembentukan identiti dalam kalangan masyarakat sempadan, ia perlu difahami daripada persepktif yang berbeza iaitu melalui pendekatan bukan-fizikal. Kedua-dua elemen ini, iaitu fizikal dan bukan fizikal amat penting dalam memahami pembentukan sempadan secara am. Berdasarkan kepada pengalaman di Pantai Timur Sabah, artikel ini cuba untuk menjelaskan bagaimana eleman fizikal dan bukan-fizikal ini amat berguna dalam memahami pembentukan sempadan identiti antara Malaysia dan negara jiran, iaitu Filipina dan Indonesia. Artikel ini mendapati bahawa walaupun Malaysia dipisahkan beratus batu oleh laut dari negara-negara seperti Filipina dan Indonesia, namun penduduk di Pantai Timur Sabah cenderung melihat diri mereka sebagai sebagai sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai identiti yang sama dengan penduduk di negara jiran. Keadaan ini adalah berbeza dengan wacana yang berlaku di peringkat nasional yang sering melihat perbezaan antara Malaysia dan negara jiran.

Item Type:Article
Keywords:Filipina, Indonesia, masyarakat sempadan, Pantai Timur Sabah, pembentukan identiti, pembinaan sempadan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9164
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2015 10:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page