Memperkasa warga Indonesia menerusi kurikulum pendidikan baru: kajian persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum 2013 di Aceh Jaya

Mohamed Nor Azhari Azman, and Muhammad Jafar Kasem, (2015) Memperkasa warga Indonesia menerusi kurikulum pendidikan baru: kajian persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum 2013 di Aceh Jaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7). pp. 45-57. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kemampuan pedagogi guru dapat mempengaruhi kemampuan pelajar dalam mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Kurikulum 2013 bertujuan untuk mempersiapkan warga Indonesia agar mempunyai kemampuan hidup sebagai peribadi dan warga negara yang beriman, produktif, kreatif dan afektif serta mampu berkontribusi pada kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan Kurikulum 2013 pada Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) di Aceh Jaya. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan persepsi 30 guru yang disampel secara rawak mudah berdasarkan faktor bahan kurikulum, kesediaan guru, kesediaan pelajar, kemudahan dan sokongan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21.0 dan ditampilkan dalam peratusan dan min dan melibatkan skala Likert 4 mata. Hasil kajian mendapati guru-guru bersetuju bahawa faktor kesediaan guru (min= 2.81), faktor kesediaan pelajar (min= 3.79) dan faktor sokongan yang diterima (min= 2.66) telah menunjukkan persediaan bagi melaksanakan kurikulum 2013. Berkenaan kemampuan pelajar mengikut pembelajaran juga didapati perbezaan persepsi yang signifikan antara guru vokasional dengan guru bukan vokasional dengan nilai p= 0.04. Persepsi guru vokasional ialah pelajar dapat mengikuti dan memahami proses pembelajaran dengan baik sementara persepsi guru bukan vokasional pula adalah sebaliknya. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara kemampuan pedagogi guru dengan kesediaan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kurikulum 2013, kemampuan pedagogi, kesediaan guru, kesediaan pelajar, persepsi guru, proses pembelajaran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9168
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2015 10:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page