Geografi, kemiskinan dan wanita kurang upaya di Malaysia

Aizan Sofia Amin, and Jamiah Manap, (2015) Geografi, kemiskinan dan wanita kurang upaya di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7). pp. 82-91. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
70kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sebagai sebuah negara pascakolonial yang sedang membangun, Malaysia telah mengalami transformasi dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) semenjak zaman sebelum merdeka. Walaupun kerajaan telah membangunkan dasar, polisi dan kemudahan untuk OKU, sehingga kini masih ramai daripada mereka tidak dapat menyertai masyarakat secara penuh akibat daripada pelbagai halangan persekitaran dan sikap masyarakat. Sebuah kajian kualitatif yang dijalankan ke atas 33 wanita kurang upaya fizikal di Malaysia mendapati bahawa, majoriti daripada peserta penyelidikan berasal daripada kawasan luar bandar dan faktor geografi menjadi isu utama dalam mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Kertas ini membincangkan bagaimana faktor geografi, kemiskinan dan ketidakupayaan mempunyai perkaitan yang rapat dalam kehidupan OKU. Kajian ini menunjukkan kebanyakan wanita OKU yang ditemu bual lahir dalam keluarga luar bandar yang berpendapatan rendah dan hidup dalam kemiskinan semasa kecil. Ketiadaan sumber kewangan dan pengangkutan menyebabkan sebahagian daripada mereka mempunyai akses yang sangat terhad kepada rawatan kesihatan yang terletak di kawasan bandar. Bagi mereka yang mendapat simptom penyakit ataupun kecederaan, limitasi kewangan dan geografi ini telah menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan perubatan awal dan akibatnya menjadi kurang upaya kekal. Setelah menjadi kurang upaya fizikal, mereka terpaksa berhadapan dengan halangan persekitaran dalam mendapatkan akses kepada pendidikan formal. Akibatnya sebahagian daripada mereka tidak dapat meneruskan pengajian dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Implikasinya mereka sukar untuk mendapat peluang pekerjaan dan terdedah kepada risiko kemiskinan. Justeru, akses kepada kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan bangunan terutamanya di kawasan luar bandar perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan risiko ketidakupayaan kekal dan membolehkan golongan OKU dapat berdikari serta memberi sumbangan kepada komuniti secara optimum.

Item Type:Article
Keywords:geografi, halangan kemiskinan, kesejahteraan luar bandar, ketidakupayaan fizikal, persekitaran, Wanita Kurang Upaya (WKU)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9171
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2015 10:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page