Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak

Azima, AM and Syafiq Akmal, K and Sarmila, MS and Novel Lyndon, and Zaimah, R and Suhana Saad, and Selvadurai, S and Abd Hair Awang, and Mohd Yusof Hussain, and Mokhtar Jaafar, and Mohd Fuad Mat Jali, (2015) Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7). pp. 92-103. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
97kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Konflik masyarakat berhubung dengan perkara tersebut boleh dikaitkan dengan cara informasi tanah diperoleh. Kebanyakan pemilik tanah adat mendapatkan informasi tanah milik mereka secara lisan iaitu melalui informasi mulut ke mulut. Hal ini akhirnya menjadi satu cabaran yang besar kepada masyarakat apabila timbul pelbagai anggapan dan intepretasi yang berbeza berkait dengan status dan kesahihan tanah adat yang dimiliki. Justeru kajian ini menelit i maklumbalas pemilik tanah adat berhubung dengan cara penentuan sempadan tanah dalam kalangan masyarakat Bidayuh di daerah Serian Sarawak. Selain itu kajian juga memberikan perhatian terhadap pertikaian persempadanan tanah adat serta impilkasinya dalam kalangan pemilik tanah adat. Maklumat yang berkait dengan tujuan kajian telah diperoleh melalui FGD serta temuselidik mendalam dengan pemilik tanah adat di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati wujud beberapa cara penentuan sempadan dalam kalangan pemilik tanah. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pertikaian tanah di kawasan kajian banyak didorong oleh isu status dan kesahihan pemilikan tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah adat. Bagi mengurangkan konflik maka dicadangkan agar tanah-tanah yang ada dibuat sukatan oleh juruukur bertauliah. Apabila tanah telah disukat, pemilik tanah akan memperoleh surat hakmilik tanah yang lebih jelas dari segi status dan kesasihan pemilikan.

Item Type:Article
Keywords:kesahihan pemilikan, konflik tanah, pertikaian tanah, sempadan tanah, status pemilikan, tanah adat
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9172
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2015 10:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page