Sarmila MS, and Zaimah R, and Novel Lyndon, and Azima AM, and Suhana Saad, and Rosniza Aznie Che Rose, (2015) Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan pembangunan modal sosial komuniti: kajian kes projek CSR perladangan cili kontrak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7). pp. 104-115. ISSN 2180-2491
|
PDF
104kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diiktiraf secara global sebagai salah satu usaha bagi syarikat korporat untuk menyumbang kepada pembangunan. Justeru itu berbagai elemen pembangunan yang melibatkan masyarakat telah digabungkan dalam perlaksanaan inisitif ini bagi membantu meningkatkan ilmu, kemahiran serta hubungan baik dalam komuniti yang mana merupakan faktor penting dalam konteks pembangunan komuniti. Kertas kerja ini meneliti sejauhmana program CSR yang dipilih iaitu projek perladangan cili kontrak di Pasir Puteh Kelantan mampu untuk membangunkan modal sosial dalam komuniti bagi membantu pembangunan komuniti tersebut. Seramai 45 peladang telah ditemubual bagi tujuan ini dan data naratif temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik. Lima tema asas telah muncul daripada hasil kajian yang dirujuk sebagai hubungan dan kerjasama antara komuniti. Hubungan dan kerjasama ini menggambarkan pembentukan modal sosial dalam kalangan komuniti hasil penglibatan mereka dengan projek CSR perladangan cili kontrak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | analisis tema, pembangunan komuniti, modal sosial, perladangan kontrak, projek SCR, Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9173 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Oct 2015 10:48 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page