Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di Malaysia

Suhana Saad, and Kartini Aboo Talib@Khalid, (2015) Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 1-10. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
242kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 bertujuan untuk mencontohi pembangunan pesat negara-negara di timur seperti Jepun dan Korea. Kaizen merupakan budaya kerja orang Jepun yang diterapkan dalam sesebuah organisasi dan sangat penting untuk meningkatkan mutu kerja, penciptaan inovasi, pengurusan kerja yang efektif dan menghadapi pesaing. Kajian ini menilai sejauhmanakah kaizen diterapkan dalam syarikat Jepun di Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual mendalam untuk mendapatkan maklumat dengan bekas pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat di Jepun, bekas alumni serta pekerja kilang Sony di Pulau Pinang. Hasil temubual mendalam dengan 15 informan utama mendapati bahawa sebahagian prinsip kaizen telah berjaya diterapkan oleh pekerja dan organisai Malaysia seperti dalam hal memastikan kualiti dan produktiviti mencapai sasaran, pengurusan masa, mengaplikasikan sistem 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke), pengurusan aduan yang sistematik, dan konsep rin-gi. Bagaimanapun, terdapat tanggapan bahawa pekerja akan mendapat lebih imbuhan jika ketua mereka adalah sebangsa. Malah wujud tanggapan bahawa pangkat atasan adalah untuk orang Jepun sahaja walaupun pekerja tempatan mahir berbahasa Jepun. Kesimpulannya, selepas percubaan selama lebih tiga dekad, aplikasi budaya kerja Jepun tidak sepenuhnya berlaku dalam organisasi di negara masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Dasar Pandang ke Timur, inovasi, Kaizen, masyarakat majmuk, pengurusan organisasi, produktiviti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9186
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 14:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page