Keperkasaan pekebun kecil kelapa sawit Bidayuh: kajian kes di Daerah Serian, Sarawak

Novel Lyndon, and Nurmahfuzah Razak, (2015) Keperkasaan pekebun kecil kelapa sawit Bidayuh: kajian kes di Daerah Serian, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 36-46. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
569kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pemerkasaan wujud dan diserapkan dalam diri manusia sebagai dorongan untuk memperbaiki diri mereka melalui potensi, pertumbuhan kekuasaan dan autoriti yang dimiliki. Kejayaan pemerkasaan akan meningkatkan daya saing dan mengurangkan tahap kebergantungan komuniti dan individu terhadap kerajaan. Justeru itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti peranan MPOB (Malaysia Palm Oil Board) sebagai agensi pembangunan yang bertanggungjawab memperkasakan komuniti Bidayuh luar bandar dan jenis-jenis keperkasaan yang telah terhasil dalam komuniti Bidayuh luar bandar. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologi yang memfokuskan kepada pemahaman dan penceritaan 16 orang pekebun kecil komuniti Bidayuh luar bandar di Daerah Serian, Sarawak tentang bagaimana keperkasaan mereka terhasil. Sampel kajian ini dipilih menggunakan pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Hasil kajian mendapati peranan MPOB terdiri daripada perkongsian maklumat berkenaan tanaman kelapa sawit, bantuan teknikal, khidmat nasihat dan kepakaran, menyediakan bantuan biji benih, baja dan racun serta aspek pemasaran. Manakala, jenis-jenis keperkasaan yang telah terbina terdiri daripada keperkasaan individu, teknikal, komunikasi dan pemasaran hasil kelapa sawit. Kesimpulannya, pihak MPOB hanya berperanan sebagai agen dalam memperkasakan komuniti Bidayuh dalam satu struktur dan struktur ini dikawal oleh agensi melalui pendekatan atas ke bawah.

Item Type:Article
Keywords:etnik Bidayuh, keperkasaan, keperkasaan atas-ke bawah, pekebun kecil, pembangunan komuniti, Sarawak
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 14:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page