Minda objektif – dimensi gerhana dalam persoalan kesejahteraan dan hubungan Indonesia-Malaysia (Objective mindset – the eclipsed dimension in the maintenance of harmonious Indonesia-Malaysia relations

Amriah Buang, (2009) Minda objektif – dimensi gerhana dalam persoalan kesejahteraan dan hubungan Indonesia-Malaysia (Objective mindset – the eclipsed dimension in the maintenance of harmonious Indonesia-Malaysia relations. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (1). pp. 23-32. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
121kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Minda objektif ialah kesanggupan meneliti pokok persoalan menurut fakta. Fakta ertinya kenyataan sebagaimana yang berlaku. Tesis kertas ini ialah bahawa sekian banyak perbicaraan permasalahan kesejahteraan dalam hubungan dua hala Indonesia-Malaysia dewasa ini adalah berpunca dari pendekatan yang kurang menghormati dan meraikan pemikiran yang objektif, pemikiran yang berlandaskan fakta. Kertas ini merujuk kepada dua kes utama untuk menunjukkan bagaimana minda yang kurang objektif telah mengeruhkan keadaan dan seterusnya hubungan Indonesia-Malaysia. Satu, kes pembantu rumah Indonesia di Malaysia, dan satu lagi kes meningkatnya jenayah di Malaysia akibat kehadiran pekerja asing Indonesia. Kertas ini juga melakarkan jalan keluar yang menghargai minda objektif kerana di dalam penyerlahan kembali minda yang objektif inilah letaknya harapan realistik dalam memurnikan kembali hubungan dua negara serumpun ini.

Item Type:Article
Keywords:hubungan dua hala; Indonesia; Malaysia; minda objektif; pekerja migran; pembantu rumah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:919
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 00:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page