Internet dan kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: analisis Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008

Zawiyah Mohd Zain, and Mohammad Agus Yusoff, and Zaheruddin Othman, (2015) Internet dan kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: analisis Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 56-66. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 1999, buat pertama kalinya Internet digunakan sebagai medium untuk berkempen. Ia kesan daripada daripada penggunaan Internet dalam isu reformasi pada tahun 1998. Artikel ini bertujuan membincangkan kempen politik melalui Internet, pada Pilihan Raya Umum 1999 dan Pilihan Raya Umum 2008. Dapatan kajian menunjukkan: pertama, pada Pilihan Raya Umum 1999 parti pembangkang telah menggunakan Internet dengan intensif untuk berkempen. Ini kerana terdapat banyak isu-isu berkaitan reformasi yang ingin disampaikan. Kedua, penggunaan Internet untuk kempen politik menjadi semakin meluas pada Pilihan Raya Umum 2008. Hal ini kerana, pada ketika itu terdapat banyak isu-isu sensasi berkaitan kerajaan dan pentadbiran diperdebatkan, di samping pertambahan penggunaan Internet di kalangan penduduk. Penggunaan Internet yang meluas telah melahirkan demokrasi siber iaitu rakyat bebas untuk memberi idea dan pandangan dan juga berkumpul secara maya untuk berbincang pelbagai isu. Ketiga, kempen politik melalui Internet telah memberi impak kepada kedua-dua keputusan pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Umum 1999, sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO semakin merosot, manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, pencapaian Barisan Nasional menjunam teruk apabila mereka gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga bagi kerusi parlimen.

Item Type:Article
Keywords:demokrasi siber, internet, kempen politik, pilihan raya, pendemokrasian, reformasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9191
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 15:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page