Kualiti sumber air di Malaysia: satu analisis

Ang Kean Hua, (2015) Kualiti sumber air di Malaysia: satu analisis. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 98-108. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Air merupakan sumber alam semula jadi. Keaslian air telah mewujudkan pelbagai ekosistem yang menghubungkan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang bergantung antara satu sama lain. Artikel ini bertujuan mengulas ciri-ciri sistem sumber air dari perspektif kualitinya. Ciri-ciri fizikal air yang sangat unik telah menjadikan air sebagai pelarut yang universal. Namun, perubahan masa dan ruang yang sangat pantas menyebabkan manusia yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi sumber ini semakin lupa diri. Aktiviti manusia yang dijalankan tanpa batasan telah menyebabkan pencemaran air, iaitu percampuran antara bendasing dengan air bersih. Pencemaran air ini boleh dikaji dan dinilai melalui tiga parameter utama, iaitu parameter fizikal, parameter kimia, dan parameter biologi, serta pencemaran logam berat. Punca utama pencemaran air boleh dikategorikan kepada pencemar organik, pencemar bukan organik, pencemar toksik, pencemar kimo-fizikal, dan pencemar mikrob. Pencemaran air boleh memberikan impak negatif kepada kesihatan, kepupusan hidupan akuatik, dan menjejaskan faktor-faktor lain. Oleh itu, manusia perlu mengamalkan sikap memulihara dan memelihara sumber air semula jadi ini melalui pengurangan faktor penyumbang pencemaran air, mengitarkan semula air tercemar, dan mengekalkan kualiti sumber air daripada terus ‘hilang’ daripada permukaan bumi ini.

Item Type:Article
Keywords:ekosistem, impak negatif, memelihara, memulihara, pelarut universal, pencemaran air
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9195
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 15:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page