Kesan aktiviti pembangunan tanah terhadap kawasan punca pengambilan air di Cameron Highlands

Arno Sisun, and Mariney Mohd Yusoff, and Khairulmaini Osman Salleh, (2015) Kesan aktiviti pembangunan tanah terhadap kawasan punca pengambilan air di Cameron Highlands. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 109-119. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pembangunan guna tanah merupakan aspek penting dalam pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tahap sosial masyarakat. Bagaimanapun, pembangunan guna tanah sering kali dikaitkan dengan kemerosotan sumber alam khususnya sumber air. Hal ini kerana aktiviti guna tanah yang dijalankan di kawasan tadahan air telah menyebabkan kesan negatif kepada kawasan punca pengambilan air. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan menghujah bahawa aktiviti pembangunan guna tanah yang dijalankan dalam lingkungan kawasan punca pengambilan air memberi kesan negatif kepada kawasan dan kualiti air di Cameron Highlands. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis Sistem Maklumat Geografi (SMG) versi 10.1 yang melibatkan analisis pertindihan (overlay analysis) dan analisis tadahan air (watershed analysis) berdasarkan point based watershed analysis. Di samping itu, temu bual semi struktur, penggunaan data sekunder dan google earth turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti guna tanah di kawasan tadahan air telah menyebabkan kesan negatif terhadap kualiti air yang kemudiannya menyumbang kepada masalah pengeluaran dan pengagihan sumber bekalan air di kawasan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Cameron Highlands, kawasan tadahan air, kualiti air, pembangunan guna tanah, punca pengambilan air, sumber bekalan air
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9196
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 15:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page