Menafsir keperluan masyarakat dalam perancangan pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan perbandaran di Malaysia

Mazifah, S and Azahan, A and Kadir, A (2015) Menafsir keperluan masyarakat dalam perancangan pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan perbandaran di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (6). pp. 120-132. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
444kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungsi pembangunan sebagai taman awam sebelum pembangunan semula bekas tapak pelupusan dilakukan. Kajian persepsi ini dilakukan ke atas 375 respoden yang tinggal di sekitar empat kawasan bekas tapak pelupusan di Jinjang Utara, Paka Sg Besi, Ayer Hitam dan Indera Mahkota. Hasil kajian menunjukkan masyarakat mempunyai susunan keutamaan tersendiri bagi ketigatiga perkara membabitkan isu, jenis dan fungsi pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan kediaman mereka. Perkara paling pokok yang diberi keutamaan oleh masyarakat dari segi isu ialah bau busuk; bagi jenis pembangunan keutamaannya ialah taman rekreasi; dan bagi fungsi pembangunan keutamaannya ialah sebagai kawasan aktiviti rekreasi luar masyarakat. Keutamaan ini penting untuk dijadikan panduan asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dalam mengenal pasti keperluan masyarakat bagi membangunkan semula bekas tapak pelupusan di persekitaran kawasan kediaman mereka.

Item Type:Article
Keywords:bekas tapak pelupusan, brownfield, kawasan bandar, keperluan masyarakat, perancangan pembangunan, taman awam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9197
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2015 15:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page