Kawasan penempatan semula mangsa tsunami di Malaysia: analisis kualiti kejiranan dan kesejahteraan isi rumah (Resettlement areas of tsunami victims in Malaysia: an analysis of neighbourhood quality and well-being)

Katiman Rostam, and Iran Herman, and Asmah Bee Mohd Nor, (2009) Kawasan penempatan semula mangsa tsunami di Malaysia: analisis kualiti kejiranan dan kesejahteraan isi rumah (Resettlement areas of tsunami victims in Malaysia: an analysis of neighbourhood quality and well-being). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (1). pp. 33-43. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
128kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Bencana Tsunami yang melanda Indonesia pada Disember 2004 telah meninggalkan impak yang dahsyat terhadap beberapa kawasan petempatan pinggir pantai di Malaysia seperti Kuala Muda dan Langkawi di Kedah serta Batu Peringgi di Pulau Pinang. Ramai isi rumah yang kehilangan nyawa ahli keluarga dan rumah kediaman. Usaha membina dan membangunkan semula rumah kediaman di ketiga-tiga kawasan bencana tersebut telah dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad yang sebahagiannya dibiayai melalui dana derma orang awam. Program pembinaan semula rumah kediaman dan penempatan semula mangsa ke kawasan yang baru ternyata telah menyelesaikan masalah tempat kediaman mangsa. Bagaimana pun isu berkaitan kesejahteraan sosial isi rumah tersebut kebelakangan ini telah menarik perhatian ramai pengkaji sains sosial. Makalah ini bertujuan menganalisis tahap kesejahteraan mangsa tsunami dari segi kualiti rumah kediaman dan tahap kebajikan mereka. Data kajian ini diperolehi melalui suatu survei ke atas 233 resonden yang tinggal di tiga kawasan yang pernah dilanda tsunami yang terlibat dengan program berkenaan. Analisis mendapati bahawa pada umumnya rumah kediaman mereka diami kini adalah lebih baik. Tahap keselamatan kawasan di sekitar kejiranan juga tinggi. Umumnya mangsa berpuas hati dengan tempat kediaman baru yang mereka diami selepas tsunami. Bagaimana pun, rata-rata penghuni berpandangan bahawa ketersampaian mereka kepada perkhidmatan asas masih lagi rendah berbanding sebelumnya. Pada dasarnya, kekurangan ini menyukarkan kehidupan dan merendahkan tahap kesejahteraan mereka. Kesimpulanya, program pembaikan rumah dan penempatan semula mangsa tsunami sepatutnya bertujuan bukan hanya untuk memberi kemudahan rumah kediaman sahaja tetapi juga perlu digandingkan dengan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan sosial mereka

Item Type:Article
Keywords:kejiranan; kesejahteraan sosial; ketersampaian kepada kemudahan asas; kualiti kawasan kediaman; program penempatan semula; tsunami
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:920
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 00:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page