Hubungkaitan intensiti hujan dengan suhu kecerahan awan menerusi aplikasi maklumat satelit geo-pegun MTSAT-IR

Noorazuan Md Hashim, and Yaakob Mohd Jani, (2015) Hubungkaitan intensiti hujan dengan suhu kecerahan awan menerusi aplikasi maklumat satelit geo-pegun MTSAT-IR. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 1-9. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
722kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi peralatan yang memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. Artikel ini menganalisis hubungan antara suhu kecerahan awan berdasarkan maklumat inframerah satelit geo-pegun MTSAT dengan intensiti hujan di permukaan bumi. Pemilihan satelit geopegun MTSAT dilakukan memandangkan kekerapan imej secara temporal yang sangat mencukupi (24 imej/hari) serta resolusi spatialnya yang sederhana (4 km/piksel). Kajian awalan ini telah menunjukkan bahawa maklumat suhu kecerahan awan daripada kedua-dua jalur inframerah dan wap air MTSAT-IR berupaya dalam menganggarkan intensiti hujan dalam tempoh kajian yang dilakukan. Bagaimanapun, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan sebelum pembentukan model anggaran hujan berdasarkan maklumat imej satelit MTSAT-IR yang mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:hujan, intensiti hujan, kumulonimbus, MTSAT-IR, satelit geo-pegun, suhu kecerahan awan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9206
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page