Tahap kebisingan trafik dan kesannya terhadap persekitaran pengajaran-pembelajaran sekolah di pusat bandar Kuala Terengganu

Rohayu Arifin, and Mohmadisa Hashim, and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, and Nasir Nayan, and Yazid Saleh, (2015) Tahap kebisingan trafik dan kesannya terhadap persekitaran pengajaran-pembelajaran sekolah di pusat bandar Kuala Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 10-23. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafi di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah lain khususnya pada hari bekerja. Berdasarkan kaji selidik, para guru mendapati bahawa kebisingan trafik memberi kesan kepada tingkah laku pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, penglibatan dan keprihatinan daripada pihak yang berwajib berserta penguatkuasaan undang-undang adalah perlu bagi menyelesaikan masalah ini di samping mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur sekolah khususnya bilik darjah agar pelajar dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan kebisingan trafik di jalan raya.

Item Type:Article
Keywords:decibel, kebisingan trafik, Leq, pengajaran & pembelajaran, persekitaran sekolah, pusat Bandar Kuala Terengganu
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9207
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page