Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: kajian kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan

Sofian Mohd Daud, and Shaharuddin Ahmad, and Noorazuan Md. Hashim, and Yusniza Mahamad Yusoff, (2015) Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: kajian kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 24-38. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Suhu persekitaran yang tinggi serta jumlah penghuni yang padat di dalam sesebuah premis seperti bilik darjah mampu mendatangkan rasa tidak selesa serta mengganggu proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengukur perubahan parameter cuaca dan menilai persepsi sensasi terma pelajar serta turut melibatkan pengukuran tahap keselesaan terma pelajar melalui penilaian Model Jangkaan Min Pilihan (PMV) dan Indeks Jangkaan Peratusan Ketidakpuasan (PPD). Perubahan parameter cuaca diukur menggunakan alatan thermal comfort multistation, manakala parameter personal dan penilaian subjektif persepsi sensasi terma diperolehi dengan menggunakan borang soalselidik. Hasil kajian mendapati suhu persekitaran agak tinggi iaitu 33°C sekitar pukul 2.00 petang dan pergerakan angin yang perlahan telah mewujudkan bahangan di dalam bilik darjah. Di samping itu, melalui undian sensasi terma, kajian mendapati 52% pelajar merasakan bahawa keselesaan terma tidak dicapai. Purata Pilihan Sensasi Terma (Min TSV) yang dicatatkan pada nilai 1.47 jelas menunjukkan bahawa pelajar merasakan suhu di dalam bilik darjah berada antara julat sedikit panas dan sederhana panas. Pelajar lelaki dilihat lebih ramai berada di zon selesa dengan jumlah sebanyak 32%, berbanding pelajar perempuan yang hanya16% sahaja. Pengkelasan nilai PMV mengikut zon waktu mendapati bahawa hanya waktu pagi sahaja yang memberi perbezaan yang ketara antara kedua-dua gender berbanding dengan waktu tengah hari dan petang kerana selepas pukul 12.00 tengah hari, perbezaan yang wujud adalah sangat kecil. Hampir 75% responden inginkan suhu yang lebih rendah serta tidak selesa dengan bahangan suhu yang dialami. Oleh yang demikian, inisiatif tambahan dalam usaha menyederhanakan suhu persekitaran di dalam bilik darjah ini perlu diberi perhatian. Selain itu, jumlah pelajar bagi setiap bilik perlu diberi perhatian agar tidak terlalu padat supaya proses pembelajaran dapat berjalan dalam suasana yang lebih kondusif.

Item Type:Article
Keywords:bilik darjah, Indeks Jangkaan Peratusan Ketidakpuasan (PPD), keselesaan terma, Model Jangkaan Min Pilihan (PMV), parameter cuaca, Purata Pilihan Sensasi Terma (Min TSV)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9208
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page