Rodi Wahyudi, and Jalaluddin Abdul Malek, and Azmi Aziz, (2015) Ketaatan beragama dan salahlaku pentadbiran dan birokrasi dalam kalangan kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 39-48. ISSN 2180-2491
|
PDF
282kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Ajaran agama Islam merupakan sumber utama bagi meningkatkan integriti diri kakitangan awam. Ketaatan beragama mampu menghindarkan kakitangan awam daripada melakukan perkara-perkara dosa. Profesionalisme tanpa diiringi dengan ketaatan beragama tetap akan melahirkan perilaku buruk yang akan merugikan banyak pihak. Persoalannya adalah sejauhmana ketaatan beragama kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Provinsi Riau mampu mencegah amalan maladministrasi (urus tadbir yang buruk) di pejabat ?. Kajian ini dijalankan untuk meneliti hubungan ketaatan beragama dengan amalan maladmistrasi birokrasi dalam kalangan kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Riau. Borang soal selidik telah diisi seramai 250 kakitangan awam dari lima agensi yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan (negatif) antara ketaatan beragama dengan amalan maladministrasi birokrasi (r=-.379**). Semakin tinggi tahap ketaatan beragama seorang kakitangan awam, maka akan semakin rendah tahap amalan buruk di pejabat. Sebaliknya, semakin rendah tahap ketaatan beragama seorang kakitangan awam, maka akan semakin tinggi tahap amalan buruk semasa bekerja di pejabat. Kajian ini mencadangkan mengenai pentingnya usaha meningkatkan tahap ketaatan beragama kakitangan awam melalui program-program kearah perbaikan akhlak kakitangan awam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | integriti, ketaatan beragama, maladministrasi birokrasi, pentadbiran, perkhidmatan awam, profesionalisme |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9209 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Nov 2015 15:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page