Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR): kajian pungutan pendapat di kalangan kakitangan awam Negeri Selangor, Malaysia (The Pakatan Rakyat (PR) rule of Selangor: an opinion study of public servants in the state of Selangor, Malaysia)

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Kamaruddin M Said, (2009) Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR): kajian pungutan pendapat di kalangan kakitangan awam Negeri Selangor, Malaysia (The Pakatan Rakyat (PR) rule of Selangor: an opinion study of public servants in the state of Selangor, Malaysia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (1). pp. 44-53. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
130kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia

Abstract

Berbanding dengan institusi swasta, institusi kerajaan mempunyai disiplin kerja, latar belakang perjawatan, gaya hidup dan hirarki yang jelas dan tersendiri. Ciri yang paling ketara ialah kakitangan awam lebih terikat dengan beberapa peraturan yang mempengaruhi pandangan serta pemahaman mereka terhadap perkembangan politik negara. Kertas ini menampilkan hasil kajian mengenai pendapat kakitangan awam di negeri Selangor khususnya terhadap tingkah laku, minat, penglibatan dan keyakinan mereka terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Ia dijalankan di pejabat kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan di sekitar negeri Selangor. Seramai 720 responden telah dipilih daripada ketigatiga pejabat kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 58.8 peratus menyatakan mereka memperoleh sumber maklumat politik daripada akhbar harian perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times. Terdapat 25.6 peratus menyertai parti politik sebagai ahli. 56.9 peratus menyatakan mereka suka memilih muka baru dalam kepemimpinan negeri dan negara dan 52.9 peratus berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 2008. Namun, 65.6 peratus responden menyatakan mereka tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Mereka yakin dengan kewibawaan kepimpinan kerajaan negeri tetapi tidak yakin dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedia ada yang dilihat lebih menguntungkan sesuatu pihak.

Item Type:Article
Keywords:kerajaan / negeri; kerajaan persekutuan; Malaysia; pihak berkuasa tempatan; pilihanraya umum; sektor awam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:921
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 00:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page