Perlindungan keselamatan pengguna: menjejaki dorongan dan amalannya di kalangan pengusaha makanan skala kecil di Malaysia

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, (2015) Perlindungan keselamatan pengguna: menjejaki dorongan dan amalannya di kalangan pengusaha makanan skala kecil di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 49-59. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
243kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Tanggungjawab melindungi keselamatan pengguna mempunyai kaitan dengan pengeluar yang menghasilkan produk. Sehubungan itu kajian ini telah menghurai tentang dorongan dan amalan pengeluar makanan berskala kecil dalam isu perlindungan keselamatan pengguna. Kaedah temubual telah digunakan bagi melaksanakan kajian ini. Empat orang responden pengeluar makanan berskala kecil telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Analisis menunjukkan kawalan perlindungan pengguna lebih didominasi oleh perspektif kaveat emptor. Tiga tema utama yang mendorong pengeluar melaksanakan amalan perlindungan pengguna terdiri daripada tema (1) pematuhan peraturan pihak berkuasa, (2) menjamin mutu produk akhir supaya memenuhi kehendak pengguna dan (3) prinsip etika peniaga. Manakala daripada sudut amalan perlindungan pula terdiri daripada (1) penggunaan bahan mentah terbaik dan selamat, (2) mematuhi semua peraturan berkaitan pengilangan yang baik dan selamat, (3) penggunaan mesin automatik, serta (4) pengesahan dan verifikasi badan berkuasa seperti Jakim dan Kementerian Kesihatan. Kawalan dalaman menerusi undang-undang lembut (soft law) didapati masih terhad di kalangan pengeluar terlibat kerana mereka masih belum mempunyai sebarang persediaan garis panduan atau prosedur operasi khusus bagi mengurus kemungkinan risiko mudarat kepada pengguna akibat daripada penggunaan produk tersebut.

Item Type:Article
Keywords:caveat emptor, etika perniagaan, firma kecil, perlindungan pengguna, SOP, tanggungjawab peniaga
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9210
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page