Membina model indeks kesejahteraan hidup penduduk bagi Semenanjung Malaysia

Siti Nadira Ahmad Rozlan Shah, and Rosmadi Fauzi, and Jamilah Mohamad, (2015) Membina model indeks kesejahteraan hidup penduduk bagi Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 87-96. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kesejahteraan hidup di Malaysia kini berkembang dengan baik menurut laporan “Malaysia Well-being Reports 2013”. Pihak kerajaan dilihat sangat peka dalam menyediakan kemudahan prasarana bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk di negara ini. Namun demikian seiring dengan matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia masih tidak dapat melihat dengan jelas apakah tahap semasa kesejahteraan hidup masyarakat pada skop yang kecil iaitu daerah. Ini kerana jika dilihat kepada Laporan Kesejahteraan Hidup Malaysia 2013, skop yang ditunjukkan adalah peringkat negara sahaja. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa kajian pada peringkat yang lebih kecil adalah sangat penting dalam mengetahui kedudukan setiap daerah. Kajian ini melihat dimanakah tahap kesejahteraan hidup setiap daerah berada dengan menggunakan Model Indeks dalam perisian ArcGIS. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan ketara pencapaian kesejahteraan hidup di antara peringkat negeri dengan peringkat daerah.

Item Type:Article
Keywords:GIS, kesejahteraan hidup, kualiti hidup, model indeks, pemetaan kesejahteraan hidup, peringkat daerah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9213
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page