Ke arah pengurangan indeks jenayah jalanan di pusat bandar Kuala Lumpur

Faizah Md Latif, (2015) Ke arah pengurangan indeks jenayah jalanan di pusat bandar Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 97-107. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Jenayah jalanan meliputi tiga kategori utama perlakuan jenayah iaitu curi ragut, samun tanpa bersenjata api, dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Adakalanya sesetengah kes jenayah jalanan turut mengakibatkan kematian dan kecederaan parah kepada mangsa. Di Malaysia, jenayah jalanan menjadi masalah yang semakin meruncing terutamanya di empat negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sehingga Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan kepada memerangi jenayah jalanan. Ini kerana jenayah jalanan mengakibatkan trauma yang tinggi serta memberi kesan ketakutan berpanjangan kepada mangsa, keluarga mangsa dan juga masyarakat. Selain itu, jenayah jalanan juga mempunyai hubung kait dengan perlakuan jenayahjenayah lain. Kajian ini menjelaskan faktor-faktor jenayah jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dan idea pengurangan Indeks Jenayah Jalanan melalui dua kaedah iaitu pemantauan keselamatan bandar dan pencegahan jenayah jalanan secara meyeluruh mengikut kepentingan kawasan kajian. Kesimpulannya, dapatan kajian ini seharusnya dapat membantu bukan saja pihak polis meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan jenayah secara berkesan tetapi juga pihak perancang bandar merekabentuk bandar yang lebih selamat melalui penyusunan gunatanah Kuala Lumpur yang mengambilkira faktor risiko dan potensi jenayah secara menyeluruh supaya Kuala Lumpur menjadi bandaraya bebas jenayah.

Item Type:Article
Keywords:bandaraya bebas jenayah, Indeks Jenayah Jalanan, jenayah jalanan, faktor jenayah, keselamatan bandar, pencegahan jenayah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9214
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page