Impak sosio-ekonomi dan politik persempadanan semula bahagian pilihan raya Negeri Sarawak

Junaidi Awang Besar, and Mohd Faidz Mohd Zain, and Novel Lyndon, (2015) Impak sosio-ekonomi dan politik persempadanan semula bahagian pilihan raya Negeri Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 108-120. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menampilkan syor-syor berikut: (a) tiada perubahan bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri Sarawak; (b) jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak sebelas Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 Bahagian; (c) pindaan kepada nama Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang melibatkan satu Bahagian Negeri Sarawak; dan (d) pindaan kepada nama empat Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri. Persempadanan semula Bahagian-Bahagian pilihanraya Sarawak ini adalah berdasarkan jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwartakan pada 30 April 2014. Kesimpulannya, persempadanan semula bahagian pilihan raya ini akan mengubah landskap sosioekonomi dan sosiopolitik di bumi kenyalang ini. Dengan adanya pertambahan kerusi DUN di Sarawak ini maka peruntukan pembangunan di 11 kawasan yang baru diwujudkan akan lebih terfokus dan merancakkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Suruhanjaya Pilihan Raya, bahagian pilihan raya, persempadanan semula, pemilih, sosioekonomi, sosiopolitik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9215
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page