Penilaian faktor institusi dalam menentukan kemampanan usahawan jerami padi

Rosmiza Mohd Zainol, and Amriah Buang, and Rosniza Aznie Che Rose, and Jabil Map Jabil, and Mazdi Marzuki, (2015) Penilaian faktor institusi dalam menentukan kemampanan usahawan jerami padi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (4). pp. 140-151. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Faktor institusi dilihat berperanan penting dalam menentukan isu kemampanan agribusines jerami padi. Justeru, kajian cuba untuk merungkai kekangan di pihak institusi yang dihadapi oleh usahawan tani dalam membangunkan agribusines berasaskan jerami padi. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 24 orang usahawan di Wilayah MADA dan 20 orang usahawan di Daerah Sekinchan yang terletak dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, Selangor. Kajian mendapati promosi yang lembab; kurangnya sokongan pihak institusi; polisi yang tidak memfokus terhadap pengurusan dan pembangunan jerami; kurangnya pengetahuan dan kemahiran di kalangan pegawai institusi; karenah birokrasi serta ketidakcekapan pengurusan di pihak institusi merencatkan pembangunan agribusines jerami. Pendekatan bersepadu dan efisien perlu dikukuhkan di peringkat institusi seperti sokongan padu pihak institusi; perencanaan polisi yang memfokus ke arah pembangunan jerami; mempertingkatkan promosi agar masyarakat lebih terdidik dan menghargai produk hijau. Ini diharap dapat meningkatkan permintaan produk hasilan jerami di pasaran.

Item Type:Article
Keywords:agribisnes, faktor kejayaan, industri hiliran, institusi, jerami padi, usahawan tani
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9218
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2015 15:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page