Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS)

Siti Haslina Mohd Shafie, and Mastura Mahmud, (2015) Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (3). pp. 61-73. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
575kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang adalah berpunca daripada jumlah kenderaan bermotor yang tinggi. Beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari 2003 hingga 2009 telah membuktikan penyataan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kualiti udara dan menganalisis pola taburan reruang tahunan bahan pencemar partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10) dan ozon (O3) di beberapa stesen kualiti udara terpilih di Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Analisis pola taburan reruang tahunan menggunakan teknik interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW) dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan kepekatan PM10 yang berjulat antara 50 hingga 100 μg/m3 turut melebihi nilai setaraan purata tahunan RMAQG (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines), iaitu 50μg/m3 di setiap stesen kajian antara 2004 dan 2009. Impaknya, kemerosotan kualiti udara bandar Lembah Klang akibat daripada kenderaan bermotor bukan sahaja memburukkan masalah alam sekitar bahkan turut juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Item Type:Article
Keywords:analisis reruang, Inverse Distance Weighted (IDW), kualiti udara bandar, Lembah Klang, pola taburan reruang tahunan bahan pencemar, Sistem Maklumat Geografi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9225
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2015 13:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page