Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia (Issues and challenges of the Minang customary land in the Malay world of Malaysia and Indonesia)

Azima Abdul Manaf, (2009) Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia (Issues and challenges of the Minang customary land in the Malay world of Malaysia and Indonesia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (1). pp. 69-78. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
213kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan merujuk khusus kepada peruntukan tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Minang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Malaysia dan di Batu Sangkar di Sumatera Barat, Indonesia. Perincian terhadap situasi di Indonesia menunjukkan bahawa isu pemberian surat milikan tanah adat menyebabkan tanah adat berhadapan dengan cabaran perlucutan pemilikan tanah adat. Perincian terhadap situasi di Malaysia pula menonjolkan isu betapa peruntukan mengekang tanah adat daripada dijual mahupun disewa ditambah dengan jumlah pemilikan yang ramai telah menyebabkan tanah adat di Malaysia menjadi tanah yang tidak diusahakan dan terbiar. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama bagi memikirkan cara-cara menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh tanah adat/ulayat di kedua-dua negara ini demi mempertahankan kesinambungan dunia Melayu.

Item Type:Article
Keywords:dunia Melayu; perlucutan pemilikan tanah adat; peruntukan tanah adat; surat milikan tanah adat; tanah adat Minang; tanah terbiar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:923
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 01:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page