Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu pada tahun 2005: kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia (Air pollution during the haze event of 2005: the case of Perai, Pulau Pinang, Malaysia)

Mastura Mahmud, and Nuur Huraizah Abu Hanifiah, (2009) Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu pada tahun 2005: kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia (Air pollution during the haze event of 2005: the case of Perai, Pulau Pinang, Malaysia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (2). pp. 1-15. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
483kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005. Oleh itu, satu kajian dilakukan bagi melihat sejauhmana fenomena jerebu ini mempengaruhi kualiti udara di Perai, Pulau Pinang dengan mengkaji pencemar yang terdiri daripada gas karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon serta zarah terampai kurang daripada 10 mikron (PM10). Tahap kepekatan bulanan PM10 menunjukkan dua taburan yang ketara, di mana nilainya melebihi 80 μg m-3 dari Januari ke Julai, dan kurang daripada 60 μg m-3 dari Ogos ke Disember. Analisis dilakukan mengikut pecahan tiga tempoh iaitu dari Januari hingga Disember, Januari hingga Julai, dan Ogos hingga Disember. Hasil analisis regresi multivariat menunjukkan bahawa parameter cuaca saperti hujan dan angin menyumbang kepada 5.3% terhadap kepekatan habuk halus kurang daripada 10 mikron (PM10) dari Januari hingga Disember. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan bahawa hujan mempunyai hubungan yang lemah dan songsang terhadap kepekatan PM10. Nilai pekali korelasi dari Januari hingga Disember dalah -0.188, berbanding nilai -0.184 (Januari hingga Julai), dan -0.164 (Ogos hingga Disember). Kelajuan angin turut menunjukkan pengaruh yang lemah dengan nilai pekali korelasi 0.152, 0.042, dan 0.127 bagi ketiga-tiga pecahan tempoh. Secara keseluruhan, didapati jerebu yang berlaku pada Ogos 2005 tidak memberi kesan yang teruk kepada kualiti udara di Perai kerana kepekatan PM10 tidak melebihi 70 μg m-3

Item Type:Article
Keywords:fenomena jerebu; kualiti udara; ozone; pencemaran udara; Pulau Pinang; zarah terampai
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:924
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 01:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page