Pembangunan pekerja pengetahuan di teknopol Cyberjaya, Malaysia dan Bengaluru International Tech Park (BITP), India – satu perbandingan (The development of K-workers in the technopoles of Malaysia’s Cyberjaya and India’s Bengaluru International Tech Park (BITP) – a comparison)

Jalaluddin Abdul Malek, and Abd Hair Awang, and Mohd Yusof Hussain, (2009) Pembangunan pekerja pengetahuan di teknopol Cyberjaya, Malaysia dan Bengaluru International Tech Park (BITP), India – satu perbandingan (The development of K-workers in the technopoles of Malaysia’s Cyberjaya and India’s Bengaluru International Tech Park (BITP) – a comparison). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (2). pp. 27-44. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
456kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Dalam era globalisasi pembangunan kawasan teknopol (technopole) biasanya bertujuan untuk menjana peluang pekerjaan, dan pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada kepakaran tempatan di negara bangsa. Justeru, agak ganjil sekiranya terdapat pembangunan kawasan technopole dirancang tanpa memberi faedah kepada penduduk di sesebuah negara khususnya untuk pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan. Kertas ini mengutarakan persoalan sejauhmanakah pembangunan Bangalore Sofware City (BSC) di India, seperti projek Bengluru International Tech Park (BITP), dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia, khususnya di Cyberjaya, benar-benar merupakan pembangunan sebuah Silicon Valley atau sekadar Coolie Valley. Analisis perbandingan mendapati bahawa meskipun kegiatan pemindahan teknologi oleh syarikat asing adalah sangat menggalakkan di kedua-dua BITP dan Cyberjaya, namun kedudukan kemajuan K-workers di Cyberjaya berada pada tahap `sederhana’, sedangkan di BITP pada tahap `tinggi’ sama ada pada peringkat input, throughput (proses), output, outcome dan impak. Ini menunjukkan syarikat-syarikat asing yang melabur di BITP adalah lebih bersedia dan terbuka bagi memajukan K-workers tempatan berbanding dengan syarikat-syarikat asing yang melabur di Cyberjaya. Dalam pada itu, K-workers di Cyberjaya pula perlulah mempunyai motivasi untuk memajukan diri seperti mana K-workers di BITP. In kerana secara relatif, penghasilan rekacipta teknologi baru oleh K-workers di Cyberjaya masih lagi terhad kerana kurang mendapat peluang, pendedahan dan kepercayaan daripada syarikat asing tempat mereka bekerja.

Item Type:Article
Keywords:globalisasi; lembah silikon; pekerja pengetahuan; pemindahan teknologi; rekacipta teknologi baru; teknopol
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:926
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Apr 2011 02:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page