Kerentanan Acanthamoeba spp. terhadap larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh

Mohamed Kamel Abd Ghani, and Syamimi Omar, and Anisah Nordin, and Yusof Suboh, and Noraina Ab Rahim, and Wan Omar Abdullah, and Norazah Ahmad, (2015) Kerentanan Acanthamoeba spp. terhadap larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh. Sains Malaysiana, 44 (9). pp. 1325-1329. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
139kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil9_2...

Abstract

Acanthamoeba spp. adalah patogenik dan berpotensi menyebabkan kebutaan melalui penyakit yang dikenali sebagai keratitis Acanthamoeba (AK) khususnya dalam kalangan pemakai kanta sentuh. Kajian ini dijalankan untuk menilai kerentanan sista Acanthamoeba terhadap larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh dengan menggunakan empat isolat Acanthamoeba iaitu dua isolat klinikal; HUKM 38, HKL 10 dan dua persekitaran; PBA 46 dan PBA 42. Lima jenis larutan disinfektan pelbagai guna; Complete®, Renu® fresh™, RevitaLens OcuTec®, Opti-Free® Express® dan Solo Care Aqua® telah diuji ke atas sista Acanthamoeba tersebut. Masa rendaman adalah berdasarkan masa yang disyorkan oleh pengeluar (4 jam dan 6 jam), 8 jam dan 24 jam. Setiap campuran sista dan larutan disinfektan kanta sentuh dipindahkan ke atas agar tanpa nutrien yang dilapisi Escherichia coli. Plat agar diperhatikan di bawah mikroskop songsang setiap hari sehingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit. Kelima-lima larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak efektif membunuh kesemua isolat sista Acanthamoeba yang diuji. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak mempunyai aktiviti anti-Acanthamoeba yang sangat diperlukan bagi mencegah jangkitan keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pengguna kanta sentuh.

Item Type:Article
Keywords:Acanthamoeba; keberkesanan; larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh; Malaysia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9268
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2015 03:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page